Friday, September 30, 2011

Movie Review: Nasi Lemak 2.0

dipetik dari http://www.sherrina.com/2011/09/24/movie-review-nasi-lemak-2-0/


Movie Review: Nasi Lemak 2.0



Minggu lalu Sherrina berpeluang ke TGV Wangsa Walk menonton Nasi Lemak 2.0 sorang-sorang. Rasa aneh pula sebab pawagam dipenuhi orang cina, orang melayu tak nampak sangat. Mungkin sebab hari kerja kot.
Sherrina memilih filem ini kerana membaca banyak review positif. Setelah menonton, Sherrina bersetuju dengan kebanyakkan review diluar sana. Filem ini filem muhibbah kerana ia mengabungkan elemen pelbagai bangsa dan agama di Malaysia. Jalan ceritanya menarik, kreatif dan tidak dapat diteka seperti kebanyakkan drama atau filem tempatan. Cuma Sherrina rasa dialog bahasa cina lebih lucu berbanding sarikata sebab ada part yang semua orang gelak sakan, Sherrina yang baca sari kata tidaklah rasa lucu sangat.
Walaupun pelakon utama dan pembuat filem ini iaitu Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat tempatan kerana mempersendakan Negaraku dan beberapa perkara yang lalu yang menyebabkan ada suara meminta filem ini diharamkan daripada panggung namun tidak dapat dinafikan mutu filem ini tinggi dan mesejnya padat. Jauh daripada filem-filem tempatan yang ditayangkan di panggung dalam minggu yang sama.
Ramai menyuarakan di Facebook dan forum-forum mengenai hasrat mereka untuk tidak menonton filem ini kerana memboikot Namewee akibat tindakannya yang lalu. Sherrina membaca notes di Facebook Afdlin Shauki dan Sherrina pun bersetuju dengannya. Dengan memboikot, kita tidak mendidik Namewee. Kita sepatutnya memberi dorongan dan nasihat agar Namewee tidak bertindak seperti dulu lagi. Melihat kepada intipati filem ini, ia mencerminkan sisi Namewee yang semakin matang.
Semoga Namewee terus menghasilkan karya-karya yang membuka minda dan mendidik masyarakat dengan mesej-mesej yang baik dan benar.
p/s: Siapa tahu nama pelakon wanita berkulit hitam manis dalam filem ini yang fasih berbahasa Mandarin tu? Rasa macam kenal lah.


No comments:

Post a Comment