Monday, September 5, 2011

RAHSIA MEKAH & NOMBOR 1.618 -- Keajaiban Allah




Antara kandungan Video:

1) Nisbah 1.618 ni memang dah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk sebab rekabentuk gunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. itulah sebab nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emas atau Purata Emas.

2)Yang lagi ajaib rupa2nya bila diukur, kota mekah bukan sahaja terletak dengan cantiknya pada nisbah 1.618 di bumi, malah juga berada dalam nisbah ini di Arab Saudi. Kaabah juga ajaib sebab terletak dengan nisbah ini dalam Kota Mekah.

3)Tambah2 ajaib lagi bila ayat 96 surah al imran, ada terselit perkataan mekah kat tgh2 ayat tu. Ayat ni relevan sebab menyebut ttg mekah sbg petunjuk keimanan manusia. Bila di kira huruf sebelum dan selepas perkataan mekah, ternyatalah perkataan mekah dalam ayat tu pun terletak dlm nisbah emas 1.618....

kebetulan? tak mgkn...ini adalah perancangan tuhan yg cukup teliti.


JAM TANGAN DAN JAM DINDING RTH (PUSINGAN TAWAF)
HUKUM ALAM INI BERGERAK ARAH LAWAN JAM, KENAPA KITA MASIH MENGGUNAKAN JAM YG BERLAWANAN DENGAN HUKUM ALAM ? KENAPA TAWAF PUSING LAWAN JAM ? MESTI ADA SEBAB SEMUA ITU.. JADI GUNALAH JAM IKUT ARAH HUKUM ALAM... PASTI ADA KELEBIHANNYA... FAHAMILAH: "DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DLM KERUGIAN, KECUALI MRK YG BERPESAN KPD KEBAIKKAN & BERPESAN KPD KESABARAN." INILAH JAM YG SEPATUTNYA DIGUNAKAN OLEH ORANG ISLAM..."AFDHAL SA'AH LIL MUSLIMIN".

Konsep Jam Arah Ke Kanan
Gunakan jam arah ke kanan sebagai pengimbang semulajadi setiap detik bagi memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.

KEBENARAN mengatasi KESILAPAN
KELAJUAN mengatasi KELEWATAN
KEMUDAHAN mengatasi KEJUTAN
KESTABILAN mengatasi KUCAR-KACIR
KEKUATAN mengatasi KELEMAHAN
KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN
KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN

Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Bacaan Al-Quran dan tulisan Arab juga menggunakan hukum ke kanan.

Matahari dan bulan bergerak mengelilingi bumi mengarah ke kanan.

Putaran puting beliung dan juga putaran air dan juga amat laju ke kanan.

Elektron yang mengelilingi nucleus dalam atom juga bergerak ke kanan.

Pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak dan tulang belakang.

Prinsip lawan jam atau ke kanan sebenarnya adalah pergerakan semulajadi seperti pergerakan darah dari jantung yang terletak dikiri yang akan menggerakkan aliran darah ke kanan dan balik semula ke kiri.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.


Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!

- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! –

jam dinding RTH - afdhal sa'ah lil muslimin. jam terbaik untuk umat islam. sesiapa yang berminat utk mendapatkan jam RTH , sila hubungi 012-697 1466 / 03-5631 3203 03-5611 4070 sekarang.

1 comment: