Friday, August 19, 2011

jam dinding RTH - Afdhal Sa'ah Lil Muslimin (jam terbaik untuk umat islam)

assalamualaikum,

lama dah tak post something kat sini... hehe.. asyik kat facebook je.. so sekarang danie nk share sikit ye...
diambil dari petikan http://ipai-ans.blogspot.com/2011/07/semua-benda-dalam-dunia-ni-ikut-arah.html  tq.


Semua benda dalam dunia ni ikut arah lawan jam


Assalam,


Aku pernah mendengar ustaz aku berkata dalam ceramahnya; 

Dalam dunia ni, hanya jam(yang sedia ada ) je berputar ikut arah jam. Selain daripada jam semuanya ikut arah lawan jam

Jadi cuba kita ingat balik, setiap kali korang mengacau minuman kordial atau memasak kuah di dapur, korang mengacau ia dengan mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam ?

Kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?

Kat sekolah dulu kita pernah belajar Petua tangan kanan dalam matapelajaran Fizik/Sains;

 Petua tangan kanan ini digunakan untuk menentukan arah pergerakan berdasarkan arah putaran yang berlaku. Merujuk kepada gambar di atas, 4 jari yang membengkok itu merupakan arah putaran, dan ibu jari merupakan arah pergerakannya. 

 Jangan malu, jangan segan, praktikan dengan tangan kanan korang. Sekarang bandingkan ia dengan arah putaran jam. Adakah ia lawan jam atau mengikut putaran jam ?

Dalam hukum/petua yang sama ini, jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas. 


Mari kita lihat contoh lain;

Dalam mengerjakan ibadat haji/umrah, dalam bertawaf para pelaku ibadah haruslah memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Dan apabila kita melihat kepada putaran jemaah tawaf ini, mereka pun  sedang berputar mengikut arah lawan jam

Dengan mengaplikasikan teori yang dinyatakan di atas, ibadat tawaf ini telah menghasilkan satu gelombang elektromagnet yang sangat besar. Putaran arah lawan jam ini telah menghasilkan satu tenaga ke arah atas Kaabah. Kerana itulah berdoa di kawasan Kaabah adalah sangat mustajab, kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda dan menumpang gelombang eletromagnetik yang dihasilkan. 


Antara contoh lain dalam wayar elektrik;

  Sumber: is-your-compass-pointing-south.blogspot.com
Arah putaran magnetik menentukan arah pergerakan arus eletrik dalam wayar.


 Sumber: tactic-tech.com
Ingat tak pernah buat eksperimen ni kat sekolah dulu. Kita guna petua tangan kanan ni, untuk tentukan arah arus eletrik daripada positif ke negatif.


Boleh juga dilihat dalam pergerakan elektron dalam atom;


Sumber: middleschoolohpedia.wikispaces.com
Pergerakan elektron dalam atom adalah mengikut putaran arah lawan jam



Boleh juga dilihat dalam sistem solar kita;


 Sumber: windows2universe.org


Sumber: calgary.rasc.ca

Bumi, planet lain dan Matahari juga berputar pada putaran arah lawan jam.

Jadi marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah ini dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Moga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu di samping mendapat manfaat terbaik untuk diri kita.

~"itu baru suh kacau minuman dan makanan..(sbb amik energy arah lawan jam)...cuba kalau hari2 tgk jam RTH?" memang jam terbaik untuk umat islam.. ~


jam dinding RTH - afdhal sa'ah lil muslimin. jam terbaik untuk umat islam. sesiapa yang berminat utk mendapatkan jam RTH , sila hubungi 012-697 1466 / 03-5631 3203 sekarang.

2 comments:

  1. wah siap promote jam dinding lagi .. terima kasih sebab share ..

    menarik ye cik danie ni .. nak belajar mandarin semua .. hee, saya ada keinginan yang sama, dan mungkin keinginan dan semangat tuh tak kuat macam danie ada ..

    saya amik mandarin masa belajar di U .. tp disebabkan kekangan masa, saya hanya mampu beljar setakat yang masuk exam sahaja ..

    Ni hao ma ? hehe

    selamat kenal

    ReplyDelete
  2. baru perasan kat sini ada..hehe

    alhamdulillah sekarang ni memang danie da fasih giler mandarin..

    iPai...mcm mana kita nk ajak org masuk ke blog kita? danie tak reti..hehe

    anyway thanks jadi kawan blog... anything sila tunjuk ajar ye..

    ReplyDelete