Tuesday, May 4, 2010

IMKK 1,2hb Mei

Salam Jutawan kepada semua,

1hb dan 2hb Mei hari tu kul 5 pagi Danie dah bangun dan penuh semangat serta bersedia,tak sabar untuk jadi crew IMKK kat Wisma MCA, Jalan Ampang. 6.45am Danie dan crew2 yang hebat dah terpacak kat depan pintu masuk dewan tingkat 2.. dan kelihatan beberapa peserta yang datang awal. Selepas briefing, kami mengambil tempat masing2 untuk mempermudahkan kerja2 pendaftaran..thanks to semua crew2 yang hebat.

Dalam pukul 7.30 dah dewan dah start penuh dah dengan peserta2 dari merata tempat, terpancar di wajah mereka yang mereka tak sabar untuk menuntut ilmu yang akan diturunkan oleh Mentor Danie - DR. AZIZAN OSMAN ...

Pukul 8.30am , pintu dewan dibuka.. seperti dijangkakan.. berebut2 peserta masuk ke dalam dewan untuk mendapatkan tempat duduk yang paling hadapan..( dulu Danie pun macam tu jugak..heheh) sehinggalah pukul 9am... kelas pun bermula..

sebelum kelas bermula mesti kena buat senaman agar kita sentiasa segar..seronok tengok peserta2 memberi komitment.. dan DR. pun masuk ke dalam kelas... sbb semua peserta dah bersedia dan bersemangat...

sesi pagi berjalan dengan lancar..bila masuk part tentang tarikh lahir..memang nampak peserta yang nk g toilet pun tahan,kepit kaki sebab taknak tertinggal sikit pun apa yang diajar oleh Dr. (takpe..Danie dulu pun macam tu jugak....hihihihi) time ni memang nampak peserta2 memberi tumpuan dalam kelas.. ( dulu kat sekolah pun tak macam tu..kan?)

yang best, peserta2 mula kenal dan ingat nama Danie.. dan Danie boleh berkongsi ilmu yang Danie ada dengan mereka bilamana mereka ada yang tidak faham..ye lah,kadang2 tu bila diorang syok sangat dengar apa yang Dr ajar, sampai terlupa nak tulis dalam buku nota..hehe...

Selama dua hari tu, Danie dapat pengalaman baru..thanks to Dr Azizan Osman dan manager Richworks..Nor Azwani Osman kerana memberi kepercayaan dan peluang emas ini kepada Danie dan juga senior2 yang lain...

Danie suka dengan cerita tentang Kontraktor yang Dr share kan...kerana ia memberi kami kesedaran dan lebih menghargai orang tua,orang disekeliling kami..

"I am a money magnet!!" ketika peserta menulis, membaca declaration ..Danie turut menjerit sama membaca declaration.. dan dapat Danie rasa meremang bulu roma Danie dan ia meresap ke dalam tubuh Danie..

Kelas IMKK adalah kelas untuk orang kaya dan berjaya..macam Dr cakap... bila kita berkawan dengan penjenayah,nak tak nak kita akan terkena tempias penjenayah jugak.... bila kita berkawan dengan orang jual minyak wangi..nk tak nak kita akan berbau wangi.. dan bila kita berada dalam golongan orang yang berjaya dan kaya..nak tak nak...kita terpaksa menjadi kaya dan berjaya jugak.....betul betul?

dan Alhamdulillah Danie bersyukur pada yang maha Esa...kerana telah menemukan Danie dengan Mentor danie dan diberi tunjuk ajar bagaimana danie nak berjaya dan kaya tanpa melanggar dinding lagi macam dulu...