Berapa ramai di sini yang ada cita2 atau niat utk perbaiki kehidupan, utk lebih kaya, lebih berjaya, lebih bahagia, lebih baik kehidupanya hari ini dan esok dibandingkan dgn tahun lepas? Brp ramai yg nak tahu cara mudah dan berkesan utk kenali potensi diri yg sebenar? Brp ramai yg selalu ada masalah dgn "duit bocor"?
Danie pun mula-mula tak tahu macam mana lah Danie boleh tergerak hati untuk pergi ke workshop Dr Azizan pada tahun lepas.. ikutkan diri Danie, Danie ni agak berfikiran negatif sebelum memulakan sesuatu perkara.. apa yang Danie nak buat, Danie akan fikir yang worst part dulu..
tapi kan, sebab selalu sangat belek metro Ahad..."asyik-asyik ada muka Dia ni,asyik-asyik ada muka Dia ni.." itulah yang Danie fikirkan, membuatkan sampai satu masa Danie rasa macam nak try pergi..masa tu kena bayar RM 97 . tentang Kenali Potensi Diri.Takut rasa kena tipu pun ada sebab sebelum ni banyak jugak Danie join ntah apa-apa program...kononnya nak cepat kaya( Elehh..)Tapi masa tu duit Danie kira ngam-ngam untuk save la. Kepala otak Danie ni pula bercakap," Alang-alang ko selalu kena tipu, pergilah..pergi...biar kena tipu lagi sekali pun takpe..kan ko memang selalu kena tipu..". Danie nak ajak kawan-kawan pergi tapi kawan-kawan kebanyakkannya cina so diorang tak layan sangat benda-benda macam ni. So, Danie bercakap sendirian, "alah, takpe,kalau kena tipu pun..sekali lagi kena tipu pun..macam tak biasa.." ..hehe
So pergi lah Danie masuk program pada 11/7/2009 if tak silap. Danie pergi sorang-sorang ni...takut pun ada.. bila da pergi tu..tgk ramai gak yang hadir.. Duduklah Danie sorang-sorang kat tempat duduk...
Dalam kelas tu, 1st time beb tgk mata bertentang mata dengan Dr Azizan..masa tu Dr "chomel" hehhe... pakai baju warna biru. "Apalah yang hebat sangat Dr Azizan ni?" akal Danie berkata-kata...heheh...biasalah,selalu sangat nak fikir negatif dulu.
Mulalah sesi pembelajaran yang sungguh Danie KAGUM!! ye, KAGUM.. Danie tak pernah tahu pun yang dari Tarikh lahir kita sebenarnya boleh kenal watak seseorang, pekerjaan yang macam sesuai dengan kita,warna apa yang sesuai dengan diri kita.. macam mana nak aktifkan ALPHA.. part tu memang Danie suka sangat.
Dari pada mula-mula duduk senyap sorang-sorang,pastu Danie dah terikut gelak dan happy selepas satu persatu Dr Azizan huraikan maksud-maksud di sebalik tarikh lahir,nombor akar,nombor casis (ingatkan kereta jer ada nombor casis),nombor kombinasi...apa yang Dr ajar tu memang akan dapat mengubah hidup Danie..insyaAllah dengan izin-Nya.
Keluar je dari pintu kelas tu..memang Danie seolah-olah jadi orang lain.. orang yang penuh dengan positif mind...yang lebih yakin..
Dan Danie akan terus belajar dan belajar untuk tidak "melanggar dinding" lagi.....
No comments:
Post a Comment