Salam
Aku pernah mendengar ustaz aku berkata dalam ceramahnya;
Dalam dunia ni, hanya jam je berputar ikut arah jam. Selain daripada jam semuanya ikut arah lawan jam
Jadi cuba kita ingat balik, setiap kali korang mengacau minuman kordial atau memasak kuah di dapur, korang mengacau ia dengan mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam ?
Kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?
Kat sekolah dulu kita pernah belajar Petua tangan kanan dalam matapelajaran Fizik/Sains;
Sumber: Right hand srew rule
Petua tangan kanan ini digunakan untuk menentukan arah pergerakan berdasarkan arah putaran yang berlaku. Merujuk kepada gambar di atas, 4 jari yang membengkok itu merupakan arah putaran, dan ibu jari merupakan arah pergerakannya.
Sumber: exploratorium.edu
Jangan malu, jangan segan, praktikan dengan tangan kanan korang. Sekarang bandingkan ia dengan arah putaran jam. Adakah ia lawan jam atau mengikut putaran jam ?
Dalam hukum/petua yang sama ini, jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam (seperti dalam rajah), maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.
Mari kita lihat contoh lain;
Sumber: Sheriffwatches
Dalam mengerjakan ibadat haji/umrah, dalam bertawaf para pelaku ibadah haruslah memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Dan apabila kita melihat kepada putaran jemaah tawaf ini, mereka pun sedang berputar mengikut arah lawan jam.
Dengan mengaplikasikan teori yang dinyatakan di atas, ibadat tawaf ini telah menghasilkan satu gelombang elektromagnet yang sangat besar. Putaran arah lawan jam ini telah menghasilkan satu tenaga ke arah atas Kaabah. Kerana itulah berdoa di kawasan Kaabah adalah sangat mustajab, kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda dan menumpang gelombang eletromagnetik yang dihasilkan.
Antara contoh lain dalam wayar elektrik;
Arah putaran magnetik menentukan arah pergerakan arus eletrik dalam wayar.
Sumber: tactic-tech.com
Ingat tak pernah buat eksperimen ni kat sekolah dulu. Kita guna petua tangan kanan ni, untuk tentukan arah arus eletrik daripada positif ke negatif.
Boleh juga dilihat dalam pergerakan elektron dalam atom;
Pergerakan elektron dalam atom adalah mengikut putaran arah lawan jam
Boleh juga dilihat dalam sistem solar kita;
Sumber: windows2universe.org
Sumber: calgary.rasc.ca
Bumi, planet lain dan Matahari juga berputar pada putaran arah lawan jam.
Jadi marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah ini dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Moga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu di samping mendapat manfaat terbaik untuk diri kita.
JAM BERPUTAR KE KANAN
MENGIKUT PERATURAN HUKUM ALAM
Pergerakan ke kanan adalah asas HUKUM TENAGA sejak terciptanya alam.
Adalah pengimbang semulajadi setiap detik masa dan ruang bagi memenuhi flasafah HUKUM kuasa mengenai tenaga.
(Ada getaran (vibration), frequency, resonance, harmony dan sejahtera)
1* Pusingan TAWAF keliling Kaabah sangat jelas pergerakan ke kanan.
2* Kesemua hukum pergerakan dalam binaan jisim atom atau zarah yang terkecil sampai ke planet dan bintang mula dari kana ke kiri (lawan jam/anti-clockwise).
3* Atom yang dianggap sebagai satu system suria yang kecil nukleusnya terdiri dari neutron, proton dan electron beredar atau bergerak ikut hukum ke kanan seperti planet beredar ke kanan mengelilingi bumi atau tubuh kita (prinsip hukum alam sebenarnya adalah gambaran seluruh tubuh manusia).
4* Matahari dan bulan bergerak mengililingi bumi menghala ke kanan juga bagi sekalian cakrawala di galaksi dan universe.
5* Medan magnet menghasilkan medan elektromagnetik yang mengerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju bergerak mengunakan kuasa medan magnet hukum ke kanan.
6* Ayat suci AlQuran yang mulia dan menjadi petunjuk sekelian manusia juga ditulis dari kanan ke kiri.
7* Tenaga kimia dalam manusia, haiwan, tumbuhan dan galian bumi melakukan kerja dan gerakkan hukum ke kanan.
8* Tenaga bahang matahari yang menyejat air menjadi awan dan kemudian menurunkannya sebagai hujan juga mengikut hukum gerak ke kanan.
9* Tenaga bahang membolehkan tindakbalas kimia dalam tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dengan cara fotosintisis juga guna hukum gerak ke kanan iaitu process luar ke dalam.
10* Pergerakan atom bebas menghasilkan sains elektronik dengan pergerakan elektrik di dalam wayar atau fiber optic berada dalam kitaran ke kanan.
11* Bom atom yang terhasil dalam geseran atau gerakan ke kanan jika terjadi selisih yang jadi pergerakan ke kiri dan akhirnya menghasilkan letupan atau gerakan tenaga diluar kawalan.
12* Pemain cekera padat mengunakan cahaya dan warna sehingga terhasil bunyi juga bergerak ke kanan.
13* Kajian bio-kimia tentang sel-sel saraf menghantar mesej (impuls) juga amat rencam pada persekitaran dalam penyesuaian perubahan dengan gerakan ke kanan.
14* Orbit dalam pusingan setiap pergerakan jisim atom yang diukur dengan alat poligraf dan ketot electron didapati bergerak dengan prinsip hukum ke kanan.
15* Setiap sel tubuh adalah unsur tenaga atom yang bergerak ke kanan.
16* Sistem pemakanan dalam melakukan sisyem penghadaman terpaksa melalui hukum ke kiri untuk menghasilkan tenaga. Tetapi apabila terbentuk maka ia akan melakukan pergerakan ke kanan semula dengan begitu pantas.
17* Semua pancaindera atau deria mata ketiga mengesan dan menganalisa tenaga dari liaran melakukan getaran arah ke kanan.
18* Pergerakan darah dari jantung yang terletak di kiri yang akan bergerak mengalirkan darah ke kanan dan kembali semula ke kiri jantung.
19* Ovam (ovary egg) juga bergerak ke kanan.
20* Kekuatan tangan kanan berbanding tangan kiri.
21* Pengerkan atau pusingan ke kanan mengimbangi system otak dan tulang belakang.
22* Kanan bererti mengeluarkan tenaga, kiri pengambilan tenaga.
23* Ilham atau idea pantas datang ke otak kanan.
24* Pergerakan jam normal (clockwise) adalah pergerakan ke kiri yang banyak menimbulkan perkara remeh-temeh, rumit dan boleh gagalkan setiap cetusan ilham.
25* Berfikir tanpa ilmu adalah menggerakkan otak kiri yang tidak akan menghasilkan sesuatu terbaik.
26* Penerimaan pantulan radar adalah pembalikan gelombang yang dihantar dari arah kanan.
27* Pergerakan radar dan infra-merah dapat mengesan tenaga yang laju arah ke kanan seperti angin putting beliung dan apa saja pergerakan yang pantas.
28* Penjelasan dari Islam banyak menyedarkan umat Islam supaya sentiasa meletakan diri di orbit kumpulan kanan yang diberi kemualiaan Allah.
29* Jadi sesuatu yang kurang baik adalah pergerakan atau langkah ke kiri.
30* Kanan merujuk kepada perkara baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari akhirat.
31* Syaitan guna segala hal pada kiri umpama makan, jalan dll.
32* Putaran air dan putting putting beliung amat laju ke kanan.
33* Idea barat terlalu banyak ambil hukum pergerakan yang merugikan dan menbinasa iaitu arah ke kiri. Banyak guna otak kiri adalah banyak vertical thinking.
34* Sifat lelaki diutamakan berada di kanan.
35* Solat di sebelah kanan Imam lebih utama dan baik. Dan banyak lagi contoh.
*Nota dari Prof Dr Norhisham ABd Wahab, CVT
Konsep Jam Arah Ke Kanan
Gunakan jam arah ke kanan sebagai pengimbang semulajadi setiap detik bagi memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga
KEBENARAN mengatasi KESILAPAN
KELAJUAN mengatasi KELEWATAN
KEMUDAHAN mengatasi KEJUTAN
KESTABILAN mengatasi KUCAR-KACIR
KEKUATAN mengatasi KELEMAHAN
KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN
KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN
jam dinding RTH - afdhal sa'ah lil muslimin. jam terbaik untuk umat islam. sesiapa yang berminat utk mendapatkan jam RTH , sila hubungi 012-697 1466 / 03-5631 3203 / 03-5611 4070 sekarang.
thanx for the info yang sangat bermanafaat. mohon share..
ReplyDeletesilakan MEGAMAZSTUDIO... sebar2kan lah...hehehe
ReplyDeleteMegamazstudio... wow...creativenya u... so maybe one day kita boleh bekerjasama...insyaAllah.
ReplyDelete