Saturday, September 3, 2011

(02: 49-61):“Allah Bagi yang Terbaik, Nak yang Buruk?”

Alhamdulillah, bulan puasa ni sebab sampai pejabat awal, sempatlah saya menjenguk sebaris dua bicara Ilahi Rabbi, menyambung pembacaan semalam. Kisah Bani Israil yang kufur nikmat. Allah dah bagi yang terbaik, nak pulak yang kurang baik. Dan dah Allah limpahkan dengan nikmat dunia yang melimpah ruah, boleh lagi menentang perintah Allah.

Kisah yang dijelaskan dalam ayat-ayat ini berlaku pada umat Nabi Musa, setelah Allah selamatkan mereka daripada kezaliman Firaun. Ini adalah golongan yang mengikuti Nabi Allah Musa menyeberangi laut yang kemudiannya menelan Firaun dan kuncu-kuncunya. Allah takdirkan pula kejadian ini berlaku di hadapan mata kepala mereka sendiri. First-hand experience. Bukan main dengar cerita mulut orang aja. Wajiblah menginsafi keagungan Allah dan mensyukuri nikmatNya.

Seterusnya, ketika ditinggalkan oleh Nabi Musa selama 40 hari, mereka memilih untuk menyembah lembu (nauzubillah). Nabi Allah Musa memerintahkan mereka supaya bertaubat dengan membunuh diri. Lalu yang tidak menyembah anak lembu, membunuh yang menyembah anak lembu. Menurut Ibnu Abbas, yang terbunuh berjumlah 70 000 orang. Pun Allah ampunkan mereka, walaupun dosa yang dilakukan adalah menyekutukan Allah, satu dosa yang teramat besar di sisiNya. Dalam satu hadis Qudsi, Allah berfirman, Allah akan ampunkan segala dosa hambaNya yang memohon keampunan, selagi hamba tersebut tidak melakukan dosa menyekutukan Allah. Besarnya rahmat Allah ke atas umat Nabi Musa ni.

Selanjutnya, mereka mensyaratkan pulak untuk melihat Allah sebelum beriman dengan ajaran Nabi Musa A.S. Allah matikan mereka dengan panahan halilintar tetapi kemudiannya dihidupkan kembali supaya mereka bersyukur. Ini kes mati hidup semula. Mana nak dapat kan…tapi inilah antara nikmat Allah kepada Bani Israil. Betapa penyayangnya Allah…

Lagi, Allah ceritakan seterusnya bagaimana Allah mengisi permintaan mereka yang tak pernah selesai. Mereka bertanya kepada Nabi Allah Musa bagaimanakah mereka dapat hidup tanpa makanan? Lalu Allah turunkan kepada mereka manna. Apa dia manna ni? Panjang lebar penjelasan dalam Tafsir Ibnu Katsir. Manna adalah rahmat Allah, Allah turunkan manna kepada mereka sepertimana turunnya salju, makanan yang tersedia untuk dimakan (bukan fast food lagi dah). Warnanya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada masu. Ada ulama yang kata, madu yang kita rasa hari ni cuma 1/70 daripada enaknya manna. Jika dimakan dengan sendirinya, menjadi makanan atau manisan. Kalau dicampur dengan air, ia menjadi minuman yang amat enak. Wallahualam. Tak mampu nak bayangkan…yang pastinya mesti sangat sedap. ABC kalau guna air gula Melaka pun dah cukup enak kan…

Setiap orang hanya boleh mengambil setakat keperluannya sebab manna akan busuk jika disimpan, kecuali pada hari Jumaat. Sebab hari Sabtu merupakan hari kelepasan am mereka, jadi hari Jumaat, mereka boleh mengambil manna untuk bekalan selama dua hari. Subhana Allah…..indahnya aturan Allah Yang Maha Mengetahui.

Dah dapat manna, nak pulak daging, lalu Allah berfirman kepada Nabi Musa, “Aku benar-benar akan memberi mereka makan daging yang paling sedikit terdapat di atas dunia.” Tengok, keistimewaan yang Allah peruntukkan kepada mereka. Lalu Allah turunkan kepada mereka salwa. Dikatakan, salwa mirip burung samani yang biasa mereka makan. Apa dia burung samani? Tak tau. Tapi dijelaskan salwa adalah burung yang kelak ada di syurga, besarnya lebih kurang sama atau lebih besar daripada burung pipit. Alamak, saya tak berapa kenal la burung pipit tu macam mana. Apapun, macam jugak manna, salwa pun tak boleh disimpan. Hanya boleh diambil setakat keperluan sehari kecuali pada hari Jumaat.

Dah cukup? Tak…dia orang mintak lagi. “Mana minumannya?” Ketika itu, Allah memerintahkan Musa A.S. untuk memukul batu besar dengan tongkatnya. Terpancarlah dua belas mata air untuk mereka minum. Setiap puak mempunyai mata airnya sendiri. Allah hu Akbar….

Lagi? Dah dapat manna, salwa, air, nak apa lagi? Tanya lagi, “Mana perlindungan (naungannya)?” Pun, Allah Maha Mengasihani, Maha Memberi, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Allah perintahkan awan untuk menaungi mereka dari panas padang pasir. Menurut Ibnu Abas, awan tersebut lebih menyejukkan dan lebih semerbak daripada awan biasa.

Agak-agaknya cukup tak? Keperluan asas manusia kan ada 3: makanan, pakaian dan perlindungan. Agaknya berasaskan konsep ini, mereka pun meminta lagi, “Mana pakaiannya?” Menurut tafsir, Allah kurniakan mereka pakaian yang anti koyak dan anti kotor. Wah…makan pakai semua tersedia.

Allah pun perintahkan kepada mereka supaya memasuki Baitul Maqdis dengan bersujud dan sentiasa memohon keampunan Allah, tetapi mereka enggan. Dalam ayat lain, Allah ceritakan mereka masuk secara mengesot dan mengucapkan ucapan lain, bukan memohon keampunan sebagaimana diperintahkan. Lalu, Allah menyifatkan mereka sebagai zalim kerana mempermainkan suruhan Allah. Kezaliman mereka menyebabkan Allah menimpakan mereka dengan siksaan dari langit, ada yang mengatakan siksaan itu berbentuk murka Allah, ada yang mentafsirkan sebagai kedinginan yang membekukan dan ada pula yang mentafsirkan sebagai penyakit taun. Wallahualam. Yang pasti, mereka ditimpa bala disebabkan kezaliman mereka sendiri.

Seterusnya, Allah ceritakan lagi bagaimana mereka mengkufuri nikmat Ilahi Rabbi. Dah Allah turunkan manna dan salwa, makanan terbaik untuk mereka nikmati, boleh komplen pulak bosan dan tak boleh bersabar dengan dua makanan itu sahaja. Konon-konon nak variety la ni….macam kita hari ni. Merungut dan mengeluh dengan makanan ready made yang turun dari langit. Nak yang tumbuh dari bumi – sayur, timun, bawang putih, kacang dan bawang merah. Kata Hassan al-Basri pula, mereka tidak mampu bersabar dengan makanan baru, yang lebih baik sebab inginkan makanan kebiasaan mereka.

Dengan segala rungutan dan komplen, Nabi Allah Musa pun berkata, “kamu mahu menukar sesuatu yang lebih baik dengan sesuatu yang lebih buruk?” Nak sangat, pergilah ke kota dan kamu akan dapat apa yang kamu kehendaki. Bagaimanapun, disebabkan kekufuran dan keengkaran mereka, Allah berfirman, “Lalu mereka ditimpa kehinaan dan kemiskinan serta mendapat kemurkaan Allah.”

Lessons of the Day:
1. Bila baca ayat ni, rasa macam sebijik kena atas batang hidung. Banyaknya nikmat dunia yang Allah kurniakan. Tak terhitung. Lagi nak mintak dan mintak nikmat dunia yang dah pastinya tak kekal lama. Contoh paling mudah, bila buka puasa. Juadah kat atas meja lengkap dengan air, kurma, buah, nasi dan lauk-pauk, sayur lengkap dengan pencuci mulut lagi…kalau orang putih kata macam full course dinner. Appetizer, main course, dessert. Lepas tu siap ada coffee lagi. Pun kadang-kadang, bunyi lagi mulut, “kalau ada…..lagi, mesti sedap kan.” Duhai diri, kena selalu ingatkan diri dengan cerita Bani Israil ni.
2. Terkesan sangat saya dengan tempelak Nabi Musa A.S. kepada kaumnya, “kamu mahu menukar sesuatu yang lebih baik dengan sesuatu yang lebih buruk?” Justifikasi mereka, mereka rindukan makanan kebiasaan mereka. Agaknya macam orang Melayu jugak, sebulan kat Mekah, rindunya ikan bakar, sambal belacan, nasi goreng kampong, pulut kuning. Padahal makanan kat sana pun apa kurangnya, ha, Nasi Lahm Mandi, Roti Nan dan Gulai Kambing…fuh. Tapi dengan alasan tekak Melayu, kena ada belacan la, itu lah, ini lah…Hakikatnya, mereka tak tahu mungkin, makanan yang diturunkan untuk mereka dari langit tu jauh lebih baik, lebih manis dari madu. Daging salwa yang paling sedikit terdapat di dunia. Bukan semua orang dapat rasa. Yang bawang, kacang dan sayur tu sampai hari ni kita pun merasa.

Dah pasti konsep yang sama juga benar untuk perkara lain yang lebih besar dan berat dalam hidup. Duhai diri, elakkan daripada memohon untuk menukarkan sesuatu yang baik yang telah Allah kurniakan, dengan sesuatu yang lebih buruk. Teringat pada ayat Allah yang lebih kurang bermaksud, kadang-kadang kamu inginkan sesuatu padahal ia buruk untuk kamu, kadang-kadang kamu bencikan sesuatu padahal ia amat baik untuk kamu. Yang pasti, sebab Allah Maha Mengetahui segalanya, apa yang Allah takdirkan adalah yang terbaik cuma kadang-kadang sebagai manusia, kita tak nampak dan tak mampu nak memahami apa dan kat mana hikmahnya atau indahnya. Sebab tu orang yang beriman sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi Rabbi sebab yakin aturan Allah adalah yang terbaik. Wallahualam.

“Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri dengan sendiri, dengan rahmat dan kasih sayangMu, aku memohon pertolonganMu, janganlah Engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku.”

dipetik dari artikel http://roza-todaysspecial.blogspot.com


Hukum alam ini bergerak ARAH LAWAN JAM, kenapa kita masih menggunakan jam yang berlawan dengan HUKUM ALAM? Kenapa TAWAF PUSING LAWAN JAM? Mesti ada sebab semua itu. Jadi gunalah JAM IKUT ARAH HUKUM ALAM..pasti ADA KELEBIHANNYA. Fahamilah : “Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan kepada kebaikkan dan berpesan kepada kesabaran.” Inilah JAM YANG SEPATUTNYA DIGUNAKAN OLEH ORANG ISLAM…

Pergerakan ke kanan adalah asas HUKUM TENAGA sejak terciptanya alam.
Adalah pengimbang semulajadi setiap detik masa dan ruang bagi memenuhi flasafah HUKUM kuasa mengenai tenaga.
(Ada getaran (vibration), frequency, resonance, harmony dan sejahtera)

1* Pusingan TAWAF keliling Kaabah sangat jelas pergerakan ke kanan.
2* Kesemua hukum pergerakan dalam binaan jisim atom atau zarah yang terkecil sampai ke planet dan bintang mula dari kana ke kiri (lawan jam/anti-clockwise).
3* Atom yang dianggap sebagai satu system suria yang kecil nukleusnya terdiri dari neutron, proton dan electron beredar atau bergerak ikut hukum ke kanan seperti planet beredar ke kanan mengelilingi bumi atau tubuh kita (prinsip hukum alam sebenarnya adalah gambaran seluruh tubuh manusia).
4* Matahari dan bulan bergerak mengililingi bumi menghala ke kanan juga bagi sekalian cakrawala di galaksi dan universe.
5* Medan magnet menghasilkan medan elektromagnetik yang mengerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju bergerak mengunakan kuasa medan magnet hukum ke kanan.
6* Ayat suci AlQuran yang mulia dan menjadi petunjuk sekelian manusia juga ditulis dari kanan ke kiri.
7* Tenaga kimia dalam manusia, haiwan, tumbuhan dan galian bumi melakukan kerja dan gerakkan hukum ke kanan.
8* Tenaga bahang matahari yang menyejat air menjadi awan dan kemudian menurunkannya sebagai hujan juga mengikut hukum gerak ke kanan.
9* Tenaga bahang membolehkan tindakbalas kimia dalam tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dengan cara fotosintisis juga guna hukum gerak ke kanan iaitu process luar ke dalam.
10* Pergerakan atom bebas menghasilkan sains elektronik dengan pergerakan elektrik di dalam wayar atau fiber optic berada dalam kitaran ke kanan.
11* Bom atom yang terhasil dalam geseran atau gerakan ke kanan jika terjadi selisih yang jadi pergerakan ke kiri dan akhirnya menghasilkan letupan atau gerakan tenaga diluar kawalan.
12* Pemain cekera padat mengunakan cahaya dan warna sehingga terhasil bunyi juga bergerak ke kanan.
13* Kajian bio-kimia tentang sel-sel saraf menghantar mesej (impuls) juga amat rencam pada persekitaran dalam penyesuaian perubahan dengan gerakan ke kanan.
14* Orbit dalam pusingan setiap pergerakan jisim atom yang diukur dengan alat poligraf dan ketot electron didapati bergerak dengan prinsip hukum ke kanan.
15* Setiap sel tubuh adalah unsur tenaga atom yang bergerak ke kanan.
16* Sistem pemakanan dalam melakukan sisyem penghadaman terpaksa melalui hukum ke kiri untuk menghasilkan tenaga. Tetapi apabila terbentuk maka ia akan melakukan pergerakan ke kanan semula dengan begitu pantas.
17* Semua pancaindera atau deria mata ketiga mengesan dan menganalisa tenaga dari liaran melakukan getaran arah ke kanan.
18* Pergerakan darah dari jantung yang terletak di kiri yang akan bergerak mengalirkan darah ke kanan dan kembali semula ke kiri jantung.
19* Ovam (ovary egg) juga bergerak ke kanan.
20* Kekuatan tangan kanan berbanding tangan kiri.
21* Pengerkan atau pusingan ke kanan mengimbangi system otak dan tulang belakang.
22* Kanan bererti mengeluarkan tenaga, kiri pengambilan tenaga.
23* Ilham atau idea pantas datang ke otak kanan.
24* Pergerakan jam normal (clockwise) adalah pergerakan ke kiri yang banyak menimbulkan perkara remeh-temeh, rumit dan boleh gagalkan setiap cetusan ilham.
25* Berfikir tanpa ilmu adalah menggerakkan otak kiri yang tidak akan menghasilkan sesuatu terbaik.
26* Penerimaan pantulan radar adalah pembalikan gelombang yang dihantar dari arah kanan.
27* Pergerakan radar dan infra-merah dapat mengesan tenaga yang laju arah ke kanan seperti angin putting beliung dan apa saja pergerakan yang pantas.
28* Penjelasan dari Islam banyak menyedarkan umat Islam supaya sentiasa meletakan diri di orbit kumpulan kanan yang diberi kemualiaan Allah.
29* Jadi sesuatu yang kurang baik adalah pergerakan atau langkah ke kiri.
30* Kanan merujuk kepada perkara baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari akhirat.
31* Syaitan guna segala hal pada kiri umpama makan, jalan dll.
32* Putaran air dan putting putting beliung amat laju ke kanan.
33* Idea barat terlalu banyak ambil hukum pergerakan yang merugikan dan menbinasa iaitu arah ke kiri. Banyak guna otak kiri adalah banyak vertical thinking.
34* Sifat lelaki diutamakan berada di kanan.
35* Solat di sebelah kanan Imam lebih utama dan baik. Dan banyak lagi contoh.
*Nota dari Prof Dr Norhisham ABd Wahab, CVT
Konsep Jam Arah Ke Kanan
Gunakan jam arah ke kanan sebagai pengimbang semulajadi setiap detik bagi memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga

KEBENARAN mengatasi KESILAPAN
KELAJUAN mengatasi KELEWATAN
KEMUDAHAN mengatasi KEJUTAN
KESTABILAN mengatasi KUCAR-KACIR
KEKUATAN mengatasi KELEMAHAN
KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN
KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN

dapatkan segera jam dinding RTH untuk diri sendiri atau sebagai hadiah utk orang tersayang. call 012-6971466 SEKARANG untuk mendapatkan harga istimewa.

No comments:

Post a Comment