Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?
Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?
Missionary : Awak tak ada jawapan ?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.
Missionary : Mengapa awak caka begitu ?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..
Merah padam muka Missionary menahan marah.
Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.
Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……
JAM DINDING RTH
- JAM BERPUTAR KE KANAN MENGIKUT PERATURAN HUKUM ALAM Pergerakan ke kanan adalah asas HUKUM TENAGA sejak terciptanya alam.
Adalah pengimbang semulajadi setiap detik masa dan ruang bagi memenuhi flasafah HUKUM kuasa mengenai tenaga. (Ada getaran (vibration), frequency, resonance, harmony dan sejahtera)
1* Pusingan TAWAF keliling Kaabah sangat jelas pergerakan ke kanan.
2* Kesemua hukum pergerakan dalam binaan jisim atom atau zarah yang terkecil sampai ke planet dan bintang mula dari kanan ke kiri (lawan jam/anti-clockwise).
3* Atom yang dianggap sebagai satu system suria yang kecil nukleusnya terdiri dari neutron, proton dan electron beredar atau bergerak ikut hukum ke kanan seperti planet beredar ke kanan mengelilingi bumi atau tubuh kita (prinsip hukum alam sebenarnya adalah gambaran seluruh tubuh manusia).
4* Matahari dan bulan bergerak mengililingi bumi menghala ke kanan juga bagi sekalian cakrawala di galaksi dan universe.
5* Medan magnet menghasilkan medan elektromagnetik yang mengerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju bergerak mengunakan kuasa medan magnethukum ke kanan.
6* Ayat suci AlQuran yang mulia dan menjadi petunjuk sekelian manusia juga ditulisdari kanan ke kiri.
7* Tenaga kimia dalam manusia, haiwan, tumbuhan dan galian bumi melakukan kerja dan gerakkan hukum ke kanan.
8* Tenaga bahang matahari yang menyejat air menjadi awan dan kemudian menurunkannya sebagai hujan juga mengikut hukum gerak ke kanan.
9* Tenaga bahang membolehkan tindakbalas kimia dalam tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dengan cara fotosintisis juga guna hukum gerak ke kananiaitu process luar ke dalam.
10* Pergerakan atom bebas menghasilkan sains elektronik dengan pergerakan elektrik di dalam wayar atau fiber optic berada dalam kitaran ke kanan.
11* Bom atom yang terhasil dalam geseran atau gerakan ke kanan jika terjadi selisih yang jadi pergerakan ke kiri dan akhirnya menghasilkan letupan atau gerakan tenaga diluar kawalan.
12* Pemain cekera padat mengunakan cahaya dan warna sehingga terhasil bunyi juga bergerak ke kanan.
13* Kajian bio-kimia tentang sel-sel saraf menghantar mesej (impuls) juga amat rencam pada persekitaran dalam penyesuaian perubahan dengan gerakan ke kanan.
14* Orbit dalam pusingan setiap pergerakan jisim atom yang diukur dengan alat poligraf dan ketot electron didapati bergerak dengan prinsip hukum ke kanan.
15* Setiap sel tubuh adalah unsur tenaga atom yang bergerak ke kanan.
16* Sistem pemakanan dalam melakukan sisyem penghadaman terpaksa melalui hukum ke kiri untuk menghasilkan tenaga. Tetapi apabila terbentuk maka ia akan melakukan pergerakan ke kanan semula dengan begitu pantas.
17* Semua pancaindera atau deria mata ketiga mengesan dan menganalisa tenaga dari liaran melakukan getaran arah ke kanan.
18* Pergerakan darah dari jantung yang terletak di kiri yang akan bergerak mengalirkan darah ke kanan dan kembali semula ke kiri jantung.
19* Ovam (ovary egg) juga bergerak ke kanan.
20* Kekuatan tangan kanan berbanding tangan kiri.
21* Pengerkan atau pusingan ke kanan mengimbangi system otak dan tulang belakang.
22* Kanan bererti mengeluarkan tenaga, kiri pengambilan tenaga.
23* Ilham atau idea pantas datang ke otak kanan.
24* Pergerakan jam normal (clockwise) adalah pergerakan ke kiri yang banyak menimbulkan perkara remeh-temeh, rumit dan boleh gagalkan setiap cetusan ilham.
25* Berfikir tanpa ilmu adalah menggerakkan otak kiri yang tidak akan menghasilkan sesuatu terbaik.
26* Penerimaan pantulan radar adalah pembalikan gelombang yang dihantar dariarah kanan.
27* Pergerakan radar dan infra-merah dapat mengesan tenaga yang laju arah ke kanan seperti angin putting beliung dan apa saja pergerakan yang pantas.
28* Penjelasan dari Islam banyak menyedarkan umat Islam supaya sentiasa meletakan diri di orbit kumpulan kanan yang diberi kemualiaan Allah.
29* Jadi sesuatu yang kurang baik adalah pergerakan atau langkah ke kiri.
30* Kanan merujuk kepada perkara baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari akhirat.
31* Syaitan guna segala hal pada kiri umpama makan, jalan dll.
32* Putaran air dan putting putting beliung amat laju ke kanan.
33* Idea barat terlalu banyak ambil hukum pergerakan yang merugikan dan menbinasa iaitu arah ke kiri. Banyak guna otak kiri adalah banyak vertical thinking.
34* Sifat lelaki diutamakan berada di kanan.
35* Solat di sebelah kanan Imam lebih utama dan baik. Dan banyak lagi contoh.
*Nota dari Prof Dr Norhisham ABd Wahab, CVT
Konsep Jam Arah Ke Kanan
Gunakan jam arah ke kanan sebagai pengimbang semulajadi setiap detik bagi memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga
KEBENARAN mengatasi KESILAPAN
KELAJUAN mengatasi KELEWATAN
KEMUDAHAN mengatasi KEJUTAN
KESTABILAN mengatasi KUCAR-KACIR
KEKUATAN mengatasi KELEMAHAN
KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN
KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN
No comments:
Post a Comment