Wednesday, September 1, 2010

KENAPA SAYA NAK BELAJAR BAHASA MANDARIN? Part 2

.....semasa darjah 1,budak perempuan itu tidak ada ramai kawan kerana dia masih tidak dapat bertutur dalam bahasa mandarin.Rakan-rakan sekelas juga tidak tahu berbahasa melayu,jadi dia sentiasa keseorangan. Cuma ada seorang rakan sekelas bernama Ng Su Li yang memberanikan diri untuk menemani budak perempuan itu walaupun dia sendiri tidak tahu berbahasa melayu.Jadi, mereka berkomunikasi bak ayam dan itik...lawak tu memanglah lawak,tapi mereka sungguh akrab. Dan dia hargai sangat kawannya yang seorang itu.

Nak mengingat nama Ng Su Li pun ada kisahnya. Ng -tulisan nama disebut "Huang" (黄),masa itu budak kecil perempuan itu agak sukar nak mengingati nama kawannya,jadi apa yang dia buat adalah... untuk mengingati sebutan HUANG,dia akan ingat yang bunyinya seakan-akan "baWANG", manakala SU pula, singkatan pada SUSU dan LI,singkatan pada LIMAU. Jadi, bila budak perempuan itu mahu memanggil nama kawannya itu, dia akan fikir "baWang..WANG,susu..SU,limau..LI"....WANG SU LI! Agak kelakar bila difikir-fikirkan balik. Tapi itulah caranya untuk dia cepat mengingat nama kawannya itu.

Apabila pulang sahaja ke rumah, selepas melepaskan penat, tiba masa untuk ulangkaji pelajaran. Budak perempuan itu memanggil adik lelakinya (konon-konon mahu mengajarnya)..budak perempuan itu paksa adiknya belajar bersamanya..dan sekiranya adiknya tidak mahu belajar bersama atau salah menyebut ayat yang diajar, kepala adiknya akan menjadi sasaran. masih diingatan,perkataan pertama yang diajar adalah “排对”(beratur).

keesokkan harinya, sama seperti hari-hari sebelumnya. Pagi ke sekolah, waktu rehat, bersendirian didalam kelas kerana budak perempuan itu tidak mahu menjejakkan kakinya ke kantin ( sebab alasan "tak boleh makan kat kantin..sebab ada b***,haram..berdosa,nanti masuk neraka).

Budak perempuan itu  lambat belajar untuk bertutur kerana dia tidak ada kawan-kawan kecuali "baWANG,SUsu,LImau" itu... dan apabila tiba waktu pulang, ayahnya datang menjemput,namun disebabkan kerja,selalunya ayahnya terus membawa budak perempuan itu ke "Penjara" (ayahnya bekerja sebagai warden),dan terus duduk di kantin menunggu ayahnya habis kerja. Disitu, kawan-kawannya adalah banduan-banduan yang diberi tugas dikantin.

Dalam kalangan ramai-ramai "kawannya"....budak perempuan kecil itu berkawan baik dengan seorang banduan yang dipanggil "Uncle Hailam". Ketika budak-budak sebayanya bermain bersama-sama selepas pulang ke sekolah, budak perempuan itu duduk di bahagian dapur menemani Uncle Hailam. Dan Uncle Hailam juga adalah "cikgu" kepada budak perempuan itu,kerana Uncle Hailam sentiasa bercakap dengannya menggunakan bahasa mandarin. Walaupun budak perempuan itu tidak faham, Uncle Hailam tetap bercakap dalam bahasa itu. Dan kemudian akan translatekan kepada bahasa melayu.

Selepas uncle Hailam memasakkan makanan kegemaran budak perempuan itu, Uncle Hailam akan memantau kerja sekolah budak perempuan itu dan mengajarnya. Uncle Hailam juga mengajarnya menulis tulisan dengan dakwat hitam (书法),sehingga budak perempuan itu dan adik lelakinya mewakili sekolah dan mendapat tempat dalam pertandingan itu.Memori dengan Uncle Hailam tidak pernah luput dari ingatan budak perempuan itu sehinggalah sekarang. 

Budak perempuan itu dipulaukan oleh budak-budak melayu yang tinggal di kawasan perumahannya. Mereka jijik mahu berkawan dengan budak perempuan itu kerana mereka beranggapan budak perempuan itu mesti makan b***. Dan selalunya bila budak perempuan itu mendengar ejekan mereka, dia menjerit yang dia hanya mahu belajar dan dia tidak pernah masuk kantin pun. Ketika itu,dia yang sudah boleh bertutur dalam bahasa mandarin hanya berkawan dengan budak-budak cina kerana mereka suka berkawan dengannya dan juga adik lelakinya.

Ibunya pula jenis bila mereka sekeluarga keluar dari rumah, budak perempuan dan adik lelakinya mesti kena berbahasa cina. Malah dirumah pula, selepas menghabiskan kerja sekolah, hanya siaran cina yg diutamakan. Di kawasan perumahan mereka mendapat siaran dari Singapura, jadi, hari-hari mereka akan menonton siaran cina.

Sehingga kini, bila budak perempuan itu memikirkan kenangannya sewaktu kecil-kecil, dia sebenarnya hidup dalam suasana LUAR BIASA! dan dia tidak tahu pun yang dia itu adalah insan yang luar biasa kerana dia sememangnya sentiasa berada dalam zone LUAR BIASA.

sekiranya anda ingin belajar bahasa mandarin dan menjadi insan yang LUAR BIASA sepertinya, anda boleh mendaftar di richtalentshunter6666@yahoo.com /tel:012-697 1466, 017-2367 067.(Danie)

* 20 orang yang terawal mendaftar akan mendapat HARGA LUAR BIASA! telefon sekarang!!

Thursday, August 26, 2010

KENAPA SAYA NAK BELAJAR BAHASA MANDARIN?

… “Mummy,apa yang diaorang cakap tu? Kak long tak faham lah….”
“ itu bahasa mandarin,sayang”
“ macam mana kak long nak kawan dengan diaorang? Kak long tak faham pun apa diaorang cakap.”
“ kalau tak faham, kenalah belajar”
“…kalau macam tu, kak long nak lah masuk sekolah cina. Nanti bila boleh faham apa yang diaorang cakap, bolehlah kak long kawan dengan diaorang…”
Ini adalah perbualan pada tahun 1986 diantara seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dengan ibunya di tepi rumah mereka. budak kecil itu hanya ada seorang adik lelaki yang berusia  4 tahun. Dan di kawasan tempat mereka tinggal, ada 4 kanak-kanak yang sebaya dengannya semuanya berbangsa cina dan mereka tidak bergaul dengan budak perempuan tersebut kerana mereka tidak tahu berbahasa melayu. Setiap hari dia hanya melihat dari jauh kanak-kanak cina itu bermain dan dia berharap sangat yang dia faham bahasa yang kanak-kanak cina itu cakapkan dan boleh berkawan dengan mereka.
Satu hari,ayah dan ibunya bertanyakan pada budak perempuan itu. “ betul kak long nak belajar bahasa cina?” “betul, ayah.”
Dan pada satu pagi, kanak-kanak itu dikejutkan lalu dipakaikan seragam sekolah. Lantas dia bertanya kepada ibu dan ayahnya. “ Hari ni kak long dah boleh belajar bahasa cina kan?” ibu dan ayahnya tersenyum.
SRJK(C) SOON CHENG(训正学校) dan CHUNG HWA HIGH SCHOOL(蔴坡中化中学). kini dia telah mempunyai kelebihan dalam bidang kerjanya,mempunyai kawan-kawan dari serata tempat hanya disebabkan dia mahu belajar bahasa mandarin untuk berkawan dengan 4 kanak-kanak cina itu. Rugikah kanak-kanak perempuan itu?
Kini, dia yang pernah belajar di sekolah cina  selama 12 tahun dan menduduki U.E.C ( United Examination of Chinese)  ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak ( 7 tahun ke atas) mahupun orang dewasa yang berminat untuk belajar bahasa mandarin dengannya agar juga boleh merasa kelebihan yang dia rasa. Sila hubungi no yang tertera di bawah.

“when the student is ready, the teacher will appear”
*Kepada 20 orang terawal yang mendaftar akan mendapat harga istimewa .Telefon sekarang!!
Eiza Idanie Binti Che Saleh – 伊达妮
Contact no: 012-697 1466 , 017-2367 067 (Danie)
Email : richtalentshunter6666@yahoo.com

KENAPA SAYA NAK BELAJAR BAHASA MANDARIN?

… “Mummy,apa yang diaorang cakap tu? Kak long tak faham lah….”

“ itu bahasa mandarin,sayang”

“ macam mana kak long nak kawan dengan diaorang? Kak long tak faham pun apa diaorang cakap.”

“ kalau tak faham, kenalah belajar”

“…kalau macam tu, kak long nak lah masuk sekolah cina. Nanti bila boleh faham apa yang diaorang cakap, bolehlah kak long kawan dengan diaorang…”

Ini adalah perbualan pada tahun 1986 diantara seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dengan ibunya di tepi rumah mereka. budak kecil itu hanya ada seorang adik lelaki yang berusia  4 tahun. Dan di kawasan tempat mereka tinggal, ada 4 kanak-kanak yang sebaya dengannya semuanya berbangsa cina dan mereka tidak bergaul dengan budak perempuan tersebut kerana mereka tidak tahu berbahasa melayu. Setiap hari dia hanya melihat dari jauh kanak-kanak cina itu bermain dan dia berharap sangat yang dia faham bahasa yang kanak-kanak cina itu cakapkan dan boleh berkawan dengan mereka.

Satu hari,ayah dan ibunya bertanyakan pada budak perempuan itu. “ betul kak long nak belajar bahasa cina?” “betul, ayah.”

Dan pada satu pagi, kanak-kanak itu dikejutkan lalu dipakaikan seragam sekolah. Lantas dia bertanya kepada ibu dan ayahnya. “ Hari ni kak long dah boleh belajar bahasa cina kan?” ibu dan ayahnya tersenyum.

SRJK(C) SOON CHENG(训正学校) dan CHUNG HWA HIGH SCHOOL(蔴坡中化中学). kini dia telah mempunyai kelebihan dalam bidang kerjanya,mempunyai kawan-kawan dari serata tempat hanya disebabkan dia mahu belajar bahasa mandarin untuk berkawan dengan 4 kanak-kanak cina itu. Rugikah kanak-kanak perempuan itu?

Kini, dia yang pernah belajar di sekolah cina  selama 12 tahun dan menduduki U.E.C ( United Examination of Chinese)  ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak ( 7 tahun ke atas) mahupun orang dewasa yang berminat untuk belajar bahasa mandarin dengannya agar juga boleh merasa kelebihan yang dia rasa. Sila hubungi no yang tertera di bawah.

“when the student is ready, the teacher will appear”

*Kepada 20 orang terawal yang mendaftar akan mendapat harga istimewa .Telefon sekarang!!

Eiza Idanie Binti Che Saleh – 伊达妮
Contact no: 012-697 1466 , 017-2367 067 (Danie)
Email : richtalentshunter6666@yahoo.com

Tuesday, May 4, 2010

IMKK 1,2hb Mei

Salam Jutawan kepada semua,

1hb dan 2hb Mei hari tu kul 5 pagi Danie dah bangun dan penuh semangat serta bersedia,tak sabar untuk jadi crew IMKK kat Wisma MCA, Jalan Ampang. 6.45am Danie dan crew2 yang hebat dah terpacak kat depan pintu masuk dewan tingkat 2.. dan kelihatan beberapa peserta yang datang awal. Selepas briefing, kami mengambil tempat masing2 untuk mempermudahkan kerja2 pendaftaran..thanks to semua crew2 yang hebat.

Dalam pukul 7.30 dah dewan dah start penuh dah dengan peserta2 dari merata tempat, terpancar di wajah mereka yang mereka tak sabar untuk menuntut ilmu yang akan diturunkan oleh Mentor Danie - DR. AZIZAN OSMAN ...

Pukul 8.30am , pintu dewan dibuka.. seperti dijangkakan.. berebut2 peserta masuk ke dalam dewan untuk mendapatkan tempat duduk yang paling hadapan..( dulu Danie pun macam tu jugak..heheh) sehinggalah pukul 9am... kelas pun bermula..

sebelum kelas bermula mesti kena buat senaman agar kita sentiasa segar..seronok tengok peserta2 memberi komitment.. dan DR. pun masuk ke dalam kelas... sbb semua peserta dah bersedia dan bersemangat...

sesi pagi berjalan dengan lancar..bila masuk part tentang tarikh lahir..memang nampak peserta yang nk g toilet pun tahan,kepit kaki sebab taknak tertinggal sikit pun apa yang diajar oleh Dr. (takpe..Danie dulu pun macam tu jugak....hihihihi) time ni memang nampak peserta2 memberi tumpuan dalam kelas.. ( dulu kat sekolah pun tak macam tu..kan?)

yang best, peserta2 mula kenal dan ingat nama Danie.. dan Danie boleh berkongsi ilmu yang Danie ada dengan mereka bilamana mereka ada yang tidak faham..ye lah,kadang2 tu bila diorang syok sangat dengar apa yang Dr ajar, sampai terlupa nak tulis dalam buku nota..hehe...

Selama dua hari tu, Danie dapat pengalaman baru..thanks to Dr Azizan Osman dan manager Richworks..Nor Azwani Osman kerana memberi kepercayaan dan peluang emas ini kepada Danie dan juga senior2 yang lain...

Danie suka dengan cerita tentang Kontraktor yang Dr share kan...kerana ia memberi kami kesedaran dan lebih menghargai orang tua,orang disekeliling kami..

"I am a money magnet!!" ketika peserta menulis, membaca declaration ..Danie turut menjerit sama membaca declaration.. dan dapat Danie rasa meremang bulu roma Danie dan ia meresap ke dalam tubuh Danie..

Kelas IMKK adalah kelas untuk orang kaya dan berjaya..macam Dr cakap... bila kita berkawan dengan penjenayah,nak tak nak kita akan terkena tempias penjenayah jugak.... bila kita berkawan dengan orang jual minyak wangi..nk tak nak kita akan berbau wangi.. dan bila kita berada dalam golongan orang yang berjaya dan kaya..nak tak nak...kita terpaksa menjadi kaya dan berjaya jugak.....betul betul?

dan Alhamdulillah Danie bersyukur pada yang maha Esa...kerana telah menemukan Danie dengan Mentor danie dan diberi tunjuk ajar bagaimana danie nak berjaya dan kaya tanpa melanggar dinding lagi macam dulu...

Thursday, April 29, 2010

BBQ - Party GBS 3


Danie dengan junior-junior danie... dari kiri : Abby,Jane,Peggy, Danie dan Ying Ying...



Danie memang cepat rapat dengan budak-budak nie....diorang masa mula-mula nak bekerja dengan Danie punya lah takut nak tanya soalan kat Danie.... takut Danie tak layan...tapi Danie ni cepat ramah...so bila diorang takut-takut dulu,Danie yang bergurau dengan diorang..time makan,ajak diorang keluar....ehheh so bila diorang ada masalah dorang tak takut untuk minta pendapat danie... kiranya kitorang yang paling kamceng la..owh rindunya time shooting GBS..macam2 kitorang lalui....dan dorang pun ckp pengalaman tu dorang takkan lupakan...best best!



Vivi Zyta Alya VS Muhammad Aiman Daniel


Vivi Zyta Alya -
Dilahirkan pada 03092003 di hospital Muar. suka berposing, aktif, suka menyanyi...menari..catwalk... Vivi sangat sayang pada haiwan..berumur 7 tahun.. sekolah darjah 1 di sebuah sekolah cina di Pagoh Jaya Muar. Manja dan suka tersenyum... 


Vivi seorang yang cepat belajar. Ramai kawan..banyak bertanya...











Muhammad Aiman Daniel -

04032005 lahir di pusat kesihatan Lenggong, Perak. Seorang yang tak reti duduk diam...aktif. if dapat mainan bagi kat dia, dia akan berusaha untuk leraikan mainan itu dan pasang balik.. suka menari..menyanyi..agak pemalu tapi bila dah kenal, tak terlayan karenah Aiman. 


sungguh Manja.. juga sayangkan haiwan..pernah sekali tu ayah pergi kat belakang rumah tengok arnab kitorang, ayah tanya lah.."sayang tak kat rabbit nie"...."sayang sangat!!" jawab Aiman. Lepas tu ayah seloroh bertanya "nak makan yang mana satu..". Belum abis ayah tanya,tengok-tengok dia dah lari masuk dapur dan berlari keluar sambil bawak pisau... suruh   ayah sembelih...perghh!



inilah dia orangnyer........hehhehehhe


Memperkenalkan...Jeng..Jeng..Jeng... inilah dia Mentor Danie - Dr Azizan Osman..



Syukur Alhamdulillah Dr Azizan banyak mengajar Danie, Ilmu yang Dr ada,Dr turunkan kat kami pelajar-pelajarnya.. "The More U Give, The More U Get!!" katanya... dan Danie turut pratikkan apa yang diajar oleh Dr.. bila kita sharing sesuatu cerita, kita bukan setakat sharing jer,kita akan dapat belajar something new dari situ.. itu yang membuatkan Danie teruja sungguh bila bercerita pada orang-orang yang "Kayu" ni... dan seronok bila dari mereka asyik cakap " owh..i know that!" kepada "Owh....Lagi?"...dan membuatkan mereka mengangguk tanda setuju apa yang Danie share kan itu.. contohnya ayah Danie..bukan Danie nak cakap ayah Danie ni "kayu" cuma ayah ada pemikiran macam Danie gak, yang sebelum memulakan sesuatu akan cakap yang pasal negatif part dulu. tapi bila Danie menghadap computer buat kiraan tarikh lahir..beritahu kelebihan apa yang ayah ada,kekuatan dan kelemahan ayah...Finally, ayah Danie berminat nak belajar... at least Danie ajar ayah tengok-tengokkan no family member kitaorang yang lain.. 


Dan Gambar ni adalah Gambar Danie memang  tiket VIP DKSJ2 (Dari Kosong Sehingga Jutawan2)..selain buat Alpha, Danie minta tolong kat kawan-kawan minta diorang support Danie. Konvensyen tersebut pada bulan Jun nanti...yeahh....


Sebenarnya, Danie start buat practise check tarikh lahir adalah kat rumah Anty Awien, masa tu adik Danie bertunang. So selepas majlis tunang,kitaorang pun ramai-ramai pergi rumah Anty Awien ni kat area Dato' Keramat. Masa tu tak terfikir nak practise pun..tapi ntah macam mana, Anty sembanglah yang dia rasa penat sangat pagi2 da buat macam-macam kerja..baru lah Danie teringat..so apa lagi,minta kertas dan paper...start 1st Class kat rumah Anty...apa lagi bila ada nombor tu kena dengan apa yang Danie bacakan tentang karektor mereka,hehhe..semua mengerumun! Sorang-sorang minta explainkan tarikh lahir dorang.. Mummy Danie pulak tanya amenda yang Danie kira tu...so Danie terus cerita pasal diri Mummy,mummy siap tepuk tangan tanda setuju apa yang Danie katakan tu betul... 


selepas sesi kelas Danie, time nak balik tu Danie ajar Anty Awien buat 2,4,8..  minta-minta Anty teruskan lah buat Alpha .... 







DR. AZIZAN OSMAN - MENTORKU


Berapa ramai di sini yang ada cita2 atau niat utk perbaiki kehidupan, utk lebih kaya, lebih berjaya, lebih bahagia, lebih baik kehidupanya hari ini dan esok dibandingkan dgn tahun lepas? Brp ramai yg nak tahu cara mudah dan berkesan utk kenali potensi diri yg sebenar? Brp ramai yg selalu ada masalah dgn "duit bocor"?


Danie pun mula-mula tak tahu macam mana lah Danie boleh tergerak hati untuk pergi ke workshop Dr Azizan pada tahun lepas.. ikutkan diri Danie, Danie ni agak berfikiran negatif sebelum memulakan sesuatu perkara.. apa yang Danie nak buat, Danie akan fikir yang worst part dulu..

tapi kan, sebab selalu sangat belek metro Ahad..."asyik-asyik ada muka Dia ni,asyik-asyik ada muka Dia ni.." itulah yang Danie fikirkan, membuatkan sampai satu masa Danie rasa macam nak try pergi..masa tu kena bayar RM 97 . tentang Kenali Potensi Diri.Takut rasa kena tipu pun ada sebab sebelum ni banyak jugak Danie join ntah apa-apa program...kononnya nak cepat kaya( Elehh..)Tapi masa tu duit Danie kira ngam-ngam untuk save la. Kepala otak Danie ni pula bercakap," Alang-alang ko selalu kena tipu, pergilah..pergi...biar kena tipu lagi sekali pun takpe..kan ko memang selalu kena tipu..". Danie nak ajak kawan-kawan pergi tapi kawan-kawan kebanyakkannya cina so diorang tak layan sangat benda-benda macam ni. So, Danie bercakap sendirian, "alah, takpe,kalau kena tipu pun..sekali lagi kena tipu pun..macam tak biasa.." ..hehe

So pergi lah Danie masuk program pada 11/7/2009 if tak silap. Danie pergi sorang-sorang ni...takut pun ada.. bila da pergi tu..tgk ramai gak yang hadir.. Duduklah Danie sorang-sorang kat tempat duduk...

Dalam kelas tu, 1st time beb tgk mata bertentang mata dengan Dr Azizan..masa tu Dr "chomel" hehhe... pakai baju warna biru. "Apalah yang hebat sangat Dr Azizan ni?" akal  Danie berkata-kata...heheh...biasalah,selalu sangat nak fikir negatif dulu.

Mulalah sesi pembelajaran yang sungguh Danie KAGUM!! ye, KAGUM.. Danie tak pernah tahu pun yang dari Tarikh lahir kita sebenarnya boleh kenal watak seseorang, pekerjaan yang macam sesuai dengan kita,warna apa yang sesuai dengan diri kita.. macam mana nak aktifkan ALPHA.. part tu memang Danie suka sangat.

Dari pada mula-mula duduk senyap sorang-sorang,pastu Danie dah terikut gelak dan happy selepas satu persatu Dr Azizan huraikan maksud-maksud di sebalik tarikh lahir,nombor akar,nombor casis (ingatkan kereta jer ada nombor casis),nombor kombinasi...apa yang Dr ajar tu memang akan dapat mengubah hidup Danie..insyaAllah dengan izin-Nya.

Keluar je dari pintu kelas tu..memang Danie seolah-olah jadi orang lain.. orang yang penuh dengan positif mind...yang lebih yakin..

Dan Danie akan terus belajar dan belajar untuk tidak "melanggar dinding" lagi.....

Ulang tahun hari jadi ku~

Ya Allah Ya Tuhanku,Hanya padaMu ku meminta....Sebagaimana Engkau telah membentangkanku jalan yang luas untuk aku mengutip Kekayaan yang Kau taburkan segunung-gunungnya,Kejayaan yang Kau tanamkan bak pokok yang berbuah selama-lamanya disepanjang jalan itu agar aku sentiasa dapat merasainya,Kesihatan yang berkekalan Kau berikan agar aku kuat untukmelalui jalan itu...Kebahagiaan yang Kau Hujankan kepadaku agar aku sentiasa berasa nikmatnya..... Aku memohon padaMu Ya Allah..... Kau berikanlah juga apa yang Kau turunkan padaku kepada orang-orang disekelilingku,sama ada dia adalah kawanku ataupun musuhku...moga-moga aku dan mereka sentiasa dibawah petunjukMu,bantuanMu ...Berkatilah hidup mereka sebagaimana Engkau berkatilah hidupku Ya Allah...Amin.......


29042010