.....semasa darjah 1,budak perempuan itu tidak ada ramai kawan kerana dia masih tidak dapat bertutur dalam bahasa mandarin.Rakan-rakan sekelas juga tidak tahu berbahasa melayu,jadi dia sentiasa keseorangan. Cuma ada seorang rakan sekelas bernama Ng Su Li yang memberanikan diri untuk menemani budak perempuan itu walaupun dia sendiri tidak tahu berbahasa melayu.Jadi, mereka berkomunikasi bak ayam dan itik...lawak tu memanglah lawak,tapi mereka sungguh akrab. Dan dia hargai sangat kawannya yang seorang itu.
Nak mengingat nama Ng Su Li pun ada kisahnya. Ng -tulisan nama disebut "Huang" (黄),masa itu budak kecil perempuan itu agak sukar nak mengingati nama kawannya,jadi apa yang dia buat adalah... untuk mengingati sebutan HUANG,dia akan ingat yang bunyinya seakan-akan "baWANG", manakala SU pula, singkatan pada SUSU dan LI,singkatan pada LIMAU. Jadi, bila budak perempuan itu mahu memanggil nama kawannya itu, dia akan fikir "baWang..WANG,susu..SU,limau..LI"....WANG SU LI! Agak kelakar bila difikir-fikirkan balik. Tapi itulah caranya untuk dia cepat mengingat nama kawannya itu.
Apabila pulang sahaja ke rumah, selepas melepaskan penat, tiba masa untuk ulangkaji pelajaran. Budak perempuan itu memanggil adik lelakinya (konon-konon mahu mengajarnya)..budak perempuan itu paksa adiknya belajar bersamanya..dan sekiranya adiknya tidak mahu belajar bersama atau salah menyebut ayat yang diajar, kepala adiknya akan menjadi sasaran. masih diingatan,perkataan pertama yang diajar adalah “排对”(beratur).
keesokkan harinya, sama seperti hari-hari sebelumnya. Pagi ke sekolah, waktu rehat, bersendirian didalam kelas kerana budak perempuan itu tidak mahu menjejakkan kakinya ke kantin ( sebab alasan "tak boleh makan kat kantin..sebab ada b***,haram..berdosa,nanti masuk neraka).
Budak perempuan itu lambat belajar untuk bertutur kerana dia tidak ada kawan-kawan kecuali "baWANG,SUsu,LImau" itu... dan apabila tiba waktu pulang, ayahnya datang menjemput,namun disebabkan kerja,selalunya ayahnya terus membawa budak perempuan itu ke "Penjara" (ayahnya bekerja sebagai warden),dan terus duduk di kantin menunggu ayahnya habis kerja. Disitu, kawan-kawannya adalah banduan-banduan yang diberi tugas dikantin.
Dalam kalangan ramai-ramai "kawannya"....budak perempuan kecil itu berkawan baik dengan seorang banduan yang dipanggil "Uncle Hailam". Ketika budak-budak sebayanya bermain bersama-sama selepas pulang ke sekolah, budak perempuan itu duduk di bahagian dapur menemani Uncle Hailam. Dan Uncle Hailam juga adalah "cikgu" kepada budak perempuan itu,kerana Uncle Hailam sentiasa bercakap dengannya menggunakan bahasa mandarin. Walaupun budak perempuan itu tidak faham, Uncle Hailam tetap bercakap dalam bahasa itu. Dan kemudian akan translatekan kepada bahasa melayu.
Selepas uncle Hailam memasakkan makanan kegemaran budak perempuan itu, Uncle Hailam akan memantau kerja sekolah budak perempuan itu dan mengajarnya. Uncle Hailam juga mengajarnya menulis tulisan dengan dakwat hitam (书法),sehingga budak perempuan itu dan adik lelakinya mewakili sekolah dan mendapat tempat dalam pertandingan itu.Memori dengan Uncle Hailam tidak pernah luput dari ingatan budak perempuan itu sehinggalah sekarang.
Budak perempuan itu dipulaukan oleh budak-budak melayu yang tinggal di kawasan perumahannya. Mereka jijik mahu berkawan dengan budak perempuan itu kerana mereka beranggapan budak perempuan itu mesti makan b***. Dan selalunya bila budak perempuan itu mendengar ejekan mereka, dia menjerit yang dia hanya mahu belajar dan dia tidak pernah masuk kantin pun. Ketika itu,dia yang sudah boleh bertutur dalam bahasa mandarin hanya berkawan dengan budak-budak cina kerana mereka suka berkawan dengannya dan juga adik lelakinya.
Ibunya pula jenis bila mereka sekeluarga keluar dari rumah, budak perempuan dan adik lelakinya mesti kena berbahasa cina. Malah dirumah pula, selepas menghabiskan kerja sekolah, hanya siaran cina yg diutamakan. Di kawasan perumahan mereka mendapat siaran dari Singapura, jadi, hari-hari mereka akan menonton siaran cina.
Sehingga kini, bila budak perempuan itu memikirkan kenangannya sewaktu kecil-kecil, dia sebenarnya hidup dalam suasana LUAR BIASA! dan dia tidak tahu pun yang dia itu adalah insan yang luar biasa kerana dia sememangnya sentiasa berada dalam zone LUAR BIASA.
sekiranya anda ingin belajar bahasa mandarin dan menjadi insan yang LUAR BIASA sepertinya, anda boleh mendaftar di richtalentshunter6666@yahoo.com /tel:012-697 1466, 017-2367 067.(Danie)
* 20 orang yang terawal mendaftar akan mendapat HARGA LUAR BIASA! telefon sekarang!!
No comments:
Post a Comment