Tuesday, August 23, 2011

[Subhanallah..Keajaiban Arah Lawan Jam]


diambil dari www.badarpkpmicm.blogspot.com 

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.


Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.

Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.


Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.


Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.


Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.

Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?


Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikutarah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.

Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!

- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -

Friday, August 19, 2011

jam dinding RTH - Afdhal Sa'ah Lil Muslimin (jam terbaik untuk umat islam)

assalamualaikum,

lama dah tak post something kat sini... hehe.. asyik kat facebook je.. so sekarang danie nk share sikit ye...
diambil dari petikan http://ipai-ans.blogspot.com/2011/07/semua-benda-dalam-dunia-ni-ikut-arah.html  tq.


Semua benda dalam dunia ni ikut arah lawan jam


Assalam,


Aku pernah mendengar ustaz aku berkata dalam ceramahnya; 

Dalam dunia ni, hanya jam(yang sedia ada ) je berputar ikut arah jam. Selain daripada jam semuanya ikut arah lawan jam

Jadi cuba kita ingat balik, setiap kali korang mengacau minuman kordial atau memasak kuah di dapur, korang mengacau ia dengan mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam ?

Kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?

Kat sekolah dulu kita pernah belajar Petua tangan kanan dalam matapelajaran Fizik/Sains;

 Petua tangan kanan ini digunakan untuk menentukan arah pergerakan berdasarkan arah putaran yang berlaku. Merujuk kepada gambar di atas, 4 jari yang membengkok itu merupakan arah putaran, dan ibu jari merupakan arah pergerakannya. 

 Jangan malu, jangan segan, praktikan dengan tangan kanan korang. Sekarang bandingkan ia dengan arah putaran jam. Adakah ia lawan jam atau mengikut putaran jam ?

Dalam hukum/petua yang sama ini, jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas. 


Mari kita lihat contoh lain;

Dalam mengerjakan ibadat haji/umrah, dalam bertawaf para pelaku ibadah haruslah memastikan bahu kiri mereka sentiasa terarah kepada Kaabah. Dan apabila kita melihat kepada putaran jemaah tawaf ini, mereka pun  sedang berputar mengikut arah lawan jam

Dengan mengaplikasikan teori yang dinyatakan di atas, ibadat tawaf ini telah menghasilkan satu gelombang elektromagnet yang sangat besar. Putaran arah lawan jam ini telah menghasilkan satu tenaga ke arah atas Kaabah. Kerana itulah berdoa di kawasan Kaabah adalah sangat mustajab, kerana kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda dan menumpang gelombang eletromagnetik yang dihasilkan. 


Antara contoh lain dalam wayar elektrik;

  Sumber: is-your-compass-pointing-south.blogspot.com
Arah putaran magnetik menentukan arah pergerakan arus eletrik dalam wayar.


 Sumber: tactic-tech.com
Ingat tak pernah buat eksperimen ni kat sekolah dulu. Kita guna petua tangan kanan ni, untuk tentukan arah arus eletrik daripada positif ke negatif.


Boleh juga dilihat dalam pergerakan elektron dalam atom;


Sumber: middleschoolohpedia.wikispaces.com
Pergerakan elektron dalam atom adalah mengikut putaran arah lawan jam



Boleh juga dilihat dalam sistem solar kita;


 Sumber: windows2universe.org


Sumber: calgary.rasc.ca

Bumi, planet lain dan Matahari juga berputar pada putaran arah lawan jam.

Jadi marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah ini dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Moga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu di samping mendapat manfaat terbaik untuk diri kita.

~"itu baru suh kacau minuman dan makanan..(sbb amik energy arah lawan jam)...cuba kalau hari2 tgk jam RTH?" memang jam terbaik untuk umat islam.. ~


jam dinding RTH - afdhal sa'ah lil muslimin. jam terbaik untuk umat islam. sesiapa yang berminat utk mendapatkan jam RTH , sila hubungi 012-697 1466 / 03-5631 3203 sekarang.

Tuesday, June 14, 2011

Lamanya tak update blog~

Assalammualaikum semua,
lama sangat tak update pape kat sini... nak citer sikit lah lately ni apa jadi dalam kehidupan seharian danie.


Danie selalu sangat dapat mimpi berlakon dengan Jackie Chan, serious. so danie selalu gak la buat teknik2 ilmu yang danie dah belajar dari mentor danie ~ Dr Azizan Osman. Danie selalu baca declaration danie sendiri, danie selalu buat teknik alpha, so alhamdulillah.. baru2 ni dapat offer berlakon dalam filem Hong Kong dan filem Taiwan. tapi 2-2 filem ni Jackie Chan takde lah berlakon sekali, cuma pada danie , ini adalah satu peluang yang cukup baik yang Allah berikan pada danie. 


mana tahu mungkin dengan danie terima offer filem2 luar ni, Jackie Chan akan "ternampak" danie kan....manalah tahu kan... ( tolong doakan danie ye ).


selain itu, danie banyak membaca buku2 motivasi, masuk kelas2 motivasi, masuk seminar motivasi dr AO, recharge energy danie namakannya. ( serious dah jadi tabiat danie dah ni) biar otak danie ni penuh dengan ilmu2 yang insyaAllah danie dapat kongsikan bersama teman2 sekalian one day nanti. 


danie tengah mendalami kelas mind mapping.... superb kelas ni. nanti bila danie dah peringkat master and dibenarkan mengajar nanti... danie ajak uols datang ke kelas danie. 


"Change brings change". pada danie if kita nak nampak perubahan dalam hidup kita, kita haruslah berubah ( bila kita dah ubah "dalaman" kita, luaran kita akan turut berubah).


owh ya, danie dah selesai berlakon dengan Afdlin Shauki dalam filem " Nasi Lemak 2.0" arahan Namewee. insyaAllah pada 8hb September 2011 nanti akan kuar panggung wayang. kena pergi tengok tau.


selain itu, pada bulan puasa nanti, insyaAllah ada produk yang akan danie launchkan. nak tahu produk apa tu.tungguuuuuuu~


nanti ada masa lagi nanti danie akan update lagi kat sini... thank u sebab sudi meluangkan masa untuk membaca. luv uols.







Wednesday, September 1, 2010

KENAPA SAYA NAK BELAJAR BAHASA MANDARIN? Part 2

.....semasa darjah 1,budak perempuan itu tidak ada ramai kawan kerana dia masih tidak dapat bertutur dalam bahasa mandarin.Rakan-rakan sekelas juga tidak tahu berbahasa melayu,jadi dia sentiasa keseorangan. Cuma ada seorang rakan sekelas bernama Ng Su Li yang memberanikan diri untuk menemani budak perempuan itu walaupun dia sendiri tidak tahu berbahasa melayu.Jadi, mereka berkomunikasi bak ayam dan itik...lawak tu memanglah lawak,tapi mereka sungguh akrab. Dan dia hargai sangat kawannya yang seorang itu.

Nak mengingat nama Ng Su Li pun ada kisahnya. Ng -tulisan nama disebut "Huang" (黄),masa itu budak kecil perempuan itu agak sukar nak mengingati nama kawannya,jadi apa yang dia buat adalah... untuk mengingati sebutan HUANG,dia akan ingat yang bunyinya seakan-akan "baWANG", manakala SU pula, singkatan pada SUSU dan LI,singkatan pada LIMAU. Jadi, bila budak perempuan itu mahu memanggil nama kawannya itu, dia akan fikir "baWang..WANG,susu..SU,limau..LI"....WANG SU LI! Agak kelakar bila difikir-fikirkan balik. Tapi itulah caranya untuk dia cepat mengingat nama kawannya itu.

Apabila pulang sahaja ke rumah, selepas melepaskan penat, tiba masa untuk ulangkaji pelajaran. Budak perempuan itu memanggil adik lelakinya (konon-konon mahu mengajarnya)..budak perempuan itu paksa adiknya belajar bersamanya..dan sekiranya adiknya tidak mahu belajar bersama atau salah menyebut ayat yang diajar, kepala adiknya akan menjadi sasaran. masih diingatan,perkataan pertama yang diajar adalah “排对”(beratur).

keesokkan harinya, sama seperti hari-hari sebelumnya. Pagi ke sekolah, waktu rehat, bersendirian didalam kelas kerana budak perempuan itu tidak mahu menjejakkan kakinya ke kantin ( sebab alasan "tak boleh makan kat kantin..sebab ada b***,haram..berdosa,nanti masuk neraka).

Budak perempuan itu  lambat belajar untuk bertutur kerana dia tidak ada kawan-kawan kecuali "baWANG,SUsu,LImau" itu... dan apabila tiba waktu pulang, ayahnya datang menjemput,namun disebabkan kerja,selalunya ayahnya terus membawa budak perempuan itu ke "Penjara" (ayahnya bekerja sebagai warden),dan terus duduk di kantin menunggu ayahnya habis kerja. Disitu, kawan-kawannya adalah banduan-banduan yang diberi tugas dikantin.

Dalam kalangan ramai-ramai "kawannya"....budak perempuan kecil itu berkawan baik dengan seorang banduan yang dipanggil "Uncle Hailam". Ketika budak-budak sebayanya bermain bersama-sama selepas pulang ke sekolah, budak perempuan itu duduk di bahagian dapur menemani Uncle Hailam. Dan Uncle Hailam juga adalah "cikgu" kepada budak perempuan itu,kerana Uncle Hailam sentiasa bercakap dengannya menggunakan bahasa mandarin. Walaupun budak perempuan itu tidak faham, Uncle Hailam tetap bercakap dalam bahasa itu. Dan kemudian akan translatekan kepada bahasa melayu.

Selepas uncle Hailam memasakkan makanan kegemaran budak perempuan itu, Uncle Hailam akan memantau kerja sekolah budak perempuan itu dan mengajarnya. Uncle Hailam juga mengajarnya menulis tulisan dengan dakwat hitam (书法),sehingga budak perempuan itu dan adik lelakinya mewakili sekolah dan mendapat tempat dalam pertandingan itu.Memori dengan Uncle Hailam tidak pernah luput dari ingatan budak perempuan itu sehinggalah sekarang. 

Budak perempuan itu dipulaukan oleh budak-budak melayu yang tinggal di kawasan perumahannya. Mereka jijik mahu berkawan dengan budak perempuan itu kerana mereka beranggapan budak perempuan itu mesti makan b***. Dan selalunya bila budak perempuan itu mendengar ejekan mereka, dia menjerit yang dia hanya mahu belajar dan dia tidak pernah masuk kantin pun. Ketika itu,dia yang sudah boleh bertutur dalam bahasa mandarin hanya berkawan dengan budak-budak cina kerana mereka suka berkawan dengannya dan juga adik lelakinya.

Ibunya pula jenis bila mereka sekeluarga keluar dari rumah, budak perempuan dan adik lelakinya mesti kena berbahasa cina. Malah dirumah pula, selepas menghabiskan kerja sekolah, hanya siaran cina yg diutamakan. Di kawasan perumahan mereka mendapat siaran dari Singapura, jadi, hari-hari mereka akan menonton siaran cina.

Sehingga kini, bila budak perempuan itu memikirkan kenangannya sewaktu kecil-kecil, dia sebenarnya hidup dalam suasana LUAR BIASA! dan dia tidak tahu pun yang dia itu adalah insan yang luar biasa kerana dia sememangnya sentiasa berada dalam zone LUAR BIASA.

sekiranya anda ingin belajar bahasa mandarin dan menjadi insan yang LUAR BIASA sepertinya, anda boleh mendaftar di richtalentshunter6666@yahoo.com /tel:012-697 1466, 017-2367 067.(Danie)

* 20 orang yang terawal mendaftar akan mendapat HARGA LUAR BIASA! telefon sekarang!!

Thursday, August 26, 2010

KENAPA SAYA NAK BELAJAR BAHASA MANDARIN?

… “Mummy,apa yang diaorang cakap tu? Kak long tak faham lah….”
“ itu bahasa mandarin,sayang”
“ macam mana kak long nak kawan dengan diaorang? Kak long tak faham pun apa diaorang cakap.”
“ kalau tak faham, kenalah belajar”
“…kalau macam tu, kak long nak lah masuk sekolah cina. Nanti bila boleh faham apa yang diaorang cakap, bolehlah kak long kawan dengan diaorang…”
Ini adalah perbualan pada tahun 1986 diantara seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dengan ibunya di tepi rumah mereka. budak kecil itu hanya ada seorang adik lelaki yang berusia  4 tahun. Dan di kawasan tempat mereka tinggal, ada 4 kanak-kanak yang sebaya dengannya semuanya berbangsa cina dan mereka tidak bergaul dengan budak perempuan tersebut kerana mereka tidak tahu berbahasa melayu. Setiap hari dia hanya melihat dari jauh kanak-kanak cina itu bermain dan dia berharap sangat yang dia faham bahasa yang kanak-kanak cina itu cakapkan dan boleh berkawan dengan mereka.
Satu hari,ayah dan ibunya bertanyakan pada budak perempuan itu. “ betul kak long nak belajar bahasa cina?” “betul, ayah.”
Dan pada satu pagi, kanak-kanak itu dikejutkan lalu dipakaikan seragam sekolah. Lantas dia bertanya kepada ibu dan ayahnya. “ Hari ni kak long dah boleh belajar bahasa cina kan?” ibu dan ayahnya tersenyum.
SRJK(C) SOON CHENG(训正学校) dan CHUNG HWA HIGH SCHOOL(蔴坡中化中学). kini dia telah mempunyai kelebihan dalam bidang kerjanya,mempunyai kawan-kawan dari serata tempat hanya disebabkan dia mahu belajar bahasa mandarin untuk berkawan dengan 4 kanak-kanak cina itu. Rugikah kanak-kanak perempuan itu?
Kini, dia yang pernah belajar di sekolah cina  selama 12 tahun dan menduduki U.E.C ( United Examination of Chinese)  ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak ( 7 tahun ke atas) mahupun orang dewasa yang berminat untuk belajar bahasa mandarin dengannya agar juga boleh merasa kelebihan yang dia rasa. Sila hubungi no yang tertera di bawah.

“when the student is ready, the teacher will appear”
*Kepada 20 orang terawal yang mendaftar akan mendapat harga istimewa .Telefon sekarang!!
Eiza Idanie Binti Che Saleh – 伊达妮
Contact no: 012-697 1466 , 017-2367 067 (Danie)
Email : richtalentshunter6666@yahoo.com

KENAPA SAYA NAK BELAJAR BAHASA MANDARIN?

… “Mummy,apa yang diaorang cakap tu? Kak long tak faham lah….”

“ itu bahasa mandarin,sayang”

“ macam mana kak long nak kawan dengan diaorang? Kak long tak faham pun apa diaorang cakap.”

“ kalau tak faham, kenalah belajar”

“…kalau macam tu, kak long nak lah masuk sekolah cina. Nanti bila boleh faham apa yang diaorang cakap, bolehlah kak long kawan dengan diaorang…”

Ini adalah perbualan pada tahun 1986 diantara seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dengan ibunya di tepi rumah mereka. budak kecil itu hanya ada seorang adik lelaki yang berusia  4 tahun. Dan di kawasan tempat mereka tinggal, ada 4 kanak-kanak yang sebaya dengannya semuanya berbangsa cina dan mereka tidak bergaul dengan budak perempuan tersebut kerana mereka tidak tahu berbahasa melayu. Setiap hari dia hanya melihat dari jauh kanak-kanak cina itu bermain dan dia berharap sangat yang dia faham bahasa yang kanak-kanak cina itu cakapkan dan boleh berkawan dengan mereka.

Satu hari,ayah dan ibunya bertanyakan pada budak perempuan itu. “ betul kak long nak belajar bahasa cina?” “betul, ayah.”

Dan pada satu pagi, kanak-kanak itu dikejutkan lalu dipakaikan seragam sekolah. Lantas dia bertanya kepada ibu dan ayahnya. “ Hari ni kak long dah boleh belajar bahasa cina kan?” ibu dan ayahnya tersenyum.

SRJK(C) SOON CHENG(训正学校) dan CHUNG HWA HIGH SCHOOL(蔴坡中化中学). kini dia telah mempunyai kelebihan dalam bidang kerjanya,mempunyai kawan-kawan dari serata tempat hanya disebabkan dia mahu belajar bahasa mandarin untuk berkawan dengan 4 kanak-kanak cina itu. Rugikah kanak-kanak perempuan itu?

Kini, dia yang pernah belajar di sekolah cina  selama 12 tahun dan menduduki U.E.C ( United Examination of Chinese)  ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak ( 7 tahun ke atas) mahupun orang dewasa yang berminat untuk belajar bahasa mandarin dengannya agar juga boleh merasa kelebihan yang dia rasa. Sila hubungi no yang tertera di bawah.

“when the student is ready, the teacher will appear”

*Kepada 20 orang terawal yang mendaftar akan mendapat harga istimewa .Telefon sekarang!!

Eiza Idanie Binti Che Saleh – 伊达妮
Contact no: 012-697 1466 , 017-2367 067 (Danie)
Email : richtalentshunter6666@yahoo.com

Tuesday, May 4, 2010

IMKK 1,2hb Mei

Salam Jutawan kepada semua,

1hb dan 2hb Mei hari tu kul 5 pagi Danie dah bangun dan penuh semangat serta bersedia,tak sabar untuk jadi crew IMKK kat Wisma MCA, Jalan Ampang. 6.45am Danie dan crew2 yang hebat dah terpacak kat depan pintu masuk dewan tingkat 2.. dan kelihatan beberapa peserta yang datang awal. Selepas briefing, kami mengambil tempat masing2 untuk mempermudahkan kerja2 pendaftaran..thanks to semua crew2 yang hebat.

Dalam pukul 7.30 dah dewan dah start penuh dah dengan peserta2 dari merata tempat, terpancar di wajah mereka yang mereka tak sabar untuk menuntut ilmu yang akan diturunkan oleh Mentor Danie - DR. AZIZAN OSMAN ...

Pukul 8.30am , pintu dewan dibuka.. seperti dijangkakan.. berebut2 peserta masuk ke dalam dewan untuk mendapatkan tempat duduk yang paling hadapan..( dulu Danie pun macam tu jugak..heheh) sehinggalah pukul 9am... kelas pun bermula..

sebelum kelas bermula mesti kena buat senaman agar kita sentiasa segar..seronok tengok peserta2 memberi komitment.. dan DR. pun masuk ke dalam kelas... sbb semua peserta dah bersedia dan bersemangat...

sesi pagi berjalan dengan lancar..bila masuk part tentang tarikh lahir..memang nampak peserta yang nk g toilet pun tahan,kepit kaki sebab taknak tertinggal sikit pun apa yang diajar oleh Dr. (takpe..Danie dulu pun macam tu jugak....hihihihi) time ni memang nampak peserta2 memberi tumpuan dalam kelas.. ( dulu kat sekolah pun tak macam tu..kan?)

yang best, peserta2 mula kenal dan ingat nama Danie.. dan Danie boleh berkongsi ilmu yang Danie ada dengan mereka bilamana mereka ada yang tidak faham..ye lah,kadang2 tu bila diorang syok sangat dengar apa yang Dr ajar, sampai terlupa nak tulis dalam buku nota..hehe...

Selama dua hari tu, Danie dapat pengalaman baru..thanks to Dr Azizan Osman dan manager Richworks..Nor Azwani Osman kerana memberi kepercayaan dan peluang emas ini kepada Danie dan juga senior2 yang lain...

Danie suka dengan cerita tentang Kontraktor yang Dr share kan...kerana ia memberi kami kesedaran dan lebih menghargai orang tua,orang disekeliling kami..

"I am a money magnet!!" ketika peserta menulis, membaca declaration ..Danie turut menjerit sama membaca declaration.. dan dapat Danie rasa meremang bulu roma Danie dan ia meresap ke dalam tubuh Danie..

Kelas IMKK adalah kelas untuk orang kaya dan berjaya..macam Dr cakap... bila kita berkawan dengan penjenayah,nak tak nak kita akan terkena tempias penjenayah jugak.... bila kita berkawan dengan orang jual minyak wangi..nk tak nak kita akan berbau wangi.. dan bila kita berada dalam golongan orang yang berjaya dan kaya..nak tak nak...kita terpaksa menjadi kaya dan berjaya jugak.....betul betul?

dan Alhamdulillah Danie bersyukur pada yang maha Esa...kerana telah menemukan Danie dengan Mentor danie dan diberi tunjuk ajar bagaimana danie nak berjaya dan kaya tanpa melanggar dinding lagi macam dulu...